Change of Condition Application Change of Condition Application

Disclaimer
No translation available yet

Panduan Permohonan Ubah Syarat

1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan pantas pada laman utama web ini atau melalui langkah seperti berikut : SUMBER > MUAT TURUN > BORANG.

2. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Ubahsyarat Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam / Barangan seperti berikut:
 
Nama Borang Keterangan
LPKP 14 (2005) Borang Permohonan Ubahsyarat Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam Teksi/Kereta Sewa / Kereta Sewa dan Pandu / Teksi Mewah / Teksi Lapangan Terbang.

LPKP 15 (2005) Borang Permohonan Ubahsyarat Lesen Kenderaan Barangan Lesen Pembawa ‘A' / ‘C'

LPKP 16 (2005) Borang Permohonan Ubahsyarat Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam Bas Berhenti-henti / Bas Ekspres / Bas Mini / Bas Sekolah / Bas Pekerja / Bas Pengantara / Bas Catar


3. Pemohon boleh mengemukakan permohonan ubahsyarat seperti berikut:
   (i) Satu borang untuk Perubahan Maklumat Syarikat / Perniagaan.
   (ii) Satu borang bagi setiap lesen untuk Perubahan Maklumat Lesen Dan Kenderaan atau Perubahan Sementara.

4. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan dalam borang tersebut dan ditandatangani oleh sama ada pemohon individu / Pengarah / Rakan Kongsi serta dilengkapi dengan cop syarikat.

5. Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan (rujuk SUMBER > PEJABAT PROSES PERMOHONAN). Mana-mana permohonan yang tidak lengkap, akan ditolak di peringkat kaunter penerimaan dan tidak akan didaftarkan.

6. Menyertakan yuran proses sebanyak RM10.00 bagi setiap permohonan ubahsyarat dalam bentuk Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Setiausaha LPKP. Bayaran tambahan sebanyak RM 20.00 bagi setiap kelulusan dan RM 50.00 bagi setiap cetakan lesen (jika berkenaan) akan dikenakan ke atas pemohon sekiranya permohonan ubahsyarat lesen diluluskan (Rujuk SUMBER > KADAR BAYARAN PERKHIDMATAN).

7. Setelah lesen baru dikeluarkan, lesen asal yang telah dipinda syaratnya berserta dua salinan fotostat hendaklah dikembalikan kepada LPKP untuk dibatalkan. Satu salinan fotostat lesen asal yang telah dibatalkan tersebut perlu diserahkan kepada JPJ untuk tujuan pembatalan di dalam geran, manakala satu salinan lagi adalah untuk simpanan pelesen.

8. Perlu menjelaskan semua saman tertunggak dengan LPKP / JPJ / PDRM / PBT sebelum mengemukakan permohonan (Jika ada).
 
9. Piagam Pelanggan: 15 hari bekerja (LPKP Semenanjung dan LPKP Sabah)
  10 hari bekerja (LPKP Sarawak)

10. Jenis-jenis ubah syarat lesen kenderaan perdagangan :  

(1)    Tukar alamat operasi
  - Pertukaran alamat operasi syarikat.
 
(2)    Tukar milik
  - Tukar milik lesen individu kepada keluarga terdekat iaitu suami / isteri / anak. Bagi lain-lain anggota keluarga akan ditentukan oleh Lembaga berdasarkan merit.
 
(3)    Selaras nama / Tukar Nama Syarikat atau Perniagaan / No Daftar Perniagaan.
  - Perubahan nama syarikat / nombor daftar perniagaan selaras perubahan di SSM.
 
(4)    Ubah Ahli Lembaga Pengarah / Rakan Kongsi.
  - Perubahan nama dan butiran Ahli Lembaga syarikat / rakan kongsi perniagaan.
 
(5)    Ubah Pemegang Ekuiti
  - Perubahan nama dan butiran pemegang ekuiti syarikat.
 
(6)    Ubah Pangkalan / Kawasan Operasi
  - Perubahan pada pangkalan atau permohonan mengubah / menambah kawasan operasi / laluan.
 
(7)    Ganti kenderaan
  - Mengganti kenderaan lama kepada kenderaan baru atau telah melebihi had usia yang dibenarkan.
 
(8)    Tukar casis / enjin
  - Berdasarkan penukaran nombor casis / enjin di kad pendaftaran kenderaan.
 
(9)    Tukar jenis kenderaan
  - Selaras perubahan ganti kenderaan bagi kelas lesen pembawa A / C.
 
(10)    Ubah BDM
  - Selaras perubahan ganti kenderaan bagi kelas lesen pembawa A / C.
 
(11)    Ubah jenis barang
  - Ubah jenis barang yang dibawa bagi kelas lesen pembawa A / C.
 
(12)    Ubah jenis barang
  - Selaras perubahan ganti kenderaan.
 
(13)    Tukar kelas lesen
  - Kelulusan berdasarkan pertimbangan mesyuarat lembaga berdasarkan justifikasi keperluan.
- Contoh : * dari kelas lesen Pembawa A kepada kelas lesen Pembawa C. * dari kelas lesen bas sekolah kepada bas pekerja.
 
(14)    Ubah jenisPembawa A
  - Contoh : daripada Pembawa A - kontena kepada Pembawa A - Bukan kontena.
 
(15)    Ubah jenis perkhidmatan
  - Contoh :
* Naik taraf teksi lapangan terbang daripada perkhidmatan bajet kepada perkhidmatan premier / keluarga.
* Naik taraf teksi daripada perkhidmatan bajet kepada perkhidmatan eksekutif.
* Naik taraf bas ekspres daripada perkhidmatan ekonomi kepada perkhidmatan eksekutif / perdana.
 
(16)    Ubah Peringkat Tambang
  - Selaras perubahan jenis perkhidmatan / laluan.
 
(17)    Ubah Bilangan Trip
  - Ubah bilangan trip bagi bas ekspres.
 
(18)    Ubah bilangan penumpang / tempat duduk
  - Disebabkan oleh ganti kenderaan ataupun keperluan teknikal kenderaan seperti yang ditetapkan oleh JPJ.
 
(19)    Lesen Hilang
  - Memohon lesen pendua bagi lesen yang telah hilang / rosak.
 
(20)    Tukar Pangkalan (Perubahan Sementara)
  - Tukar pangkalan / kawasan operasi untuk suatu tempoh tertentu / sementara bagi kelas lesen Teksi / Kereta Sewa / Bas.
 
(21)    Ubah jenis barang (Perubahan Sementara)
  - Ubah jenis barang dibawa untuk suatu tempoh tertentu / sementara bagi kelas lesen Pembawa A / C.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN UBAHSYARAT LESEN KENDERAAN PERDAGANGAN

DOKUMEN WAJIB

1. Cetakan maklumat lengkap syarikat yang terkini daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau borang 49 dan borang 24 atau Sijil Pendaftaran Koperasi atau Sijil Pendaftaran Perniagaan.
2. Salinan Lesen LPKP yang berkenaan.
3. Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (geran kenderaan)
4. Salinan Slip Akuan Terima Permohonan Membaharui (sekiranya ada mengemukakan permohonan membaharui).

* Nota: Dokumen wajib 1 tidak diperlukan bagi ubahsyarat Ubah No. Casis / No Enjin.


DOKUMEN TAMBAHAN
 
Jenis Ubahsyarat Dokumen diperlukan
(i) Tukar Alamat Operasi a) Lesen Asal (Sekiranya Permohonan Tukar Alamat dalam Negeri yang sama).
b) Borang 44 / Form of Annual Return.
(ii) Tukar Milik Maklumat daripada Pemilik Baru:
a) Akuan Sumpah (Pemberi, penerima dan waris-waris lain) / Sijil Kematian / Pembahagian Harta Pusaka.
b) Daftar Perkahwinan (Tukar Milik kepada isteri/suami) / Sijil Kelahiran (Tukar Milik kepada anak).
c) Salinan Lesen PSV (Penerima Lesen Teksi / Bas) / GDL (penerima lesen Pembawa A/C bagi milik tunggal atau perkongsian).
d) Akuan sumpah pekerjaan
(iii) Selaras Nama Syarikat / Tukar Nama Perniagaan / No Daftar Perniagaan a) Borang 13 SSM (Syarikat Sdn Bhd / Bhd).
(iv) Tukar Pangkalan / Kawasan Operasi / Laluan a) Bas Pekerja / Bas Sekolah
i. Bukti keperluan / alasan
ii. Senarai nama pekerja / murid beserta alamatnya.
iii. Surat perjanjian / kontrak / sokongan daripada kilang / sekolah berkaitan.

b) Bas Berhenti-henti / Bas Ekspres / Bas Pengantara / Bas Mini
i. Bukti keperluan / alasan.
ii. Jadual tambang dan jadual perjalanan asal yang diluluskan dan yang baru dicadangkan.

iii. Kajian Pasaran, antaranya merangkumi justifikasi keperluan, peta laluan dipohon beserta maklumat lesen pengusaha lain (Nama syarikat, jumlah lesen, bilangan lesen) yang beroperasi di laluan yang sama.
iv. Sokongan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai keperluan perkhidmatan
v. Sokongan pengurusan terminal untuk kaunter jualan tiket dan penggunaan bus bay.

c) Teksi
i. Surat sokongan Pihak Berkuasa Tempatan dan Persatuan Teksi/ Kereta Sewa pangkalan baru.

d) Pembawa ‘C'
i. Salinan invois (yang memaparkan maklumat jenis barangan yang dibawa dan destinasi penghantaran)
(v) Ubah Bilangan Penumpang / Tempat Duduk / Murid (Teksi / Bas) a) Salinan PSV (perniagaan milik tunggal atau perkongsian).
(vi) Ubah Peringkat Tambang (Bas) a) Salinan peta laluan, jadual tambang dan jadual perjalanan asal yang telah diluluskan.
b) Jadual tambang baru yang dicadangkan (5 salinan).
(vii) Ubah Bilangan Trip (Bas Berhenti-henti / Bas Ekspres) a) Salinan peta laluan, jadual tambang dan jadual perjalanan asal yang telah diluluskan.
b) Jadual perjalanan baru / trip yang dicadangkan (5 salinan).
(viii) Tukar Jenis Kenderaan / Ubah BDM (Pembawa A/C) a) Kelulusan PDA, CIT, bahan-bahan terkawal (jika berkenaan) (Pembawa A/C)
b) Salinan kontrak pengangkutan / invois (yang memaparkan maklumat jenis barangan yang dibawa dan destinasi penghantaran)

Rujukan tambahan :